TENTANG DIRI SAYA
Assalamualaikum dan hai semua, okay sebelum kita mula saya nak tanya semua pembaca blog saya hari ni sihat tak? kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat tau hehe dan yang sihat tu alhamdulilah nampak berseri muka tu hehe. Baiklah kita mulakan dengan nama dulu tau, nama diberi ialah Siti Aisyah Binti Philip tapi boleh panggil Aisyah atau Aisy je hehe. Saya berumur 20 tahun dan lahir di Sarawak. Ada tak dikalangan pembaca sini orang Sarawak? kalau ada saya nak sapa dalam bahasa sarawak, hai nama kamek aisyah, nama kitak apa? Kamek tu maksudnya saya dan kitak pula awak, haaa senangkan loghat sarawak haha okay kita fokus balik apa yang nak sampaikan tadi. Saya merupakan anak kelima dari enam orang adik beradik tau 3 orang daripadanya adalah lelaki manakala 3 orang adalah perempuan. Kakak saya yang sulung berkerja sebagai jururawat di sebuah Hospital Sibu manakala abang saya yang kedua sulung pula bekerja sebagai polis di Sibu. Abang saya yang kedua juga bekerja sebagai polis di Pasir Gudang, Johor. Abang saya yang ketiga pula masih lagi melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara Malaysia dan akhir sekali adik perempuan saya masih lagi bersekolah. Nak bercerita tentang pekerjaan ayah saya pulak, ayah saya seorang pembantu perikanan dan ibu saya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Bandar, Debak. Dulu UPSR dapat 2A 2B 1C je hehe tapi alhamdulilah dapat hadiah jugak lah dari ayah dan ibu hehe masa tu seronok sangat sebab dapat capai target 2A je dalam UPSR. Saya memang taknak letak target yang tinggi-tinggi sebab saya bukan budak pandai pun haha. Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Saribas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Banyak juga kenangan dekat sekolah yang tak dapat saya lupakan, ada yang manis dan ada juga yang pahit. Tapi semua tu adalah proses yang kita perlu lalui kan sebelum nak meningkat dewasa. Selepas habis SPM, saya terus berkerja di Kuching sebagai pelayan restoran di restoran Pizza Hut. Waktu saya bekerja di Kuching tu, saya rasa menyesal lah jugak haha saya terpaksa berjauhan dengan keluarga. Hampir tiap malam saya nanggis haha sebab rindukan keluarga dekat kampung haaa nak merasa sangatkan kerja jauh haa padanlah muka! hahaha almaklum lah tu adalah kali pertama saya berjauhan dengan keluarga memang lah rasa lain kan. Saya hanya mampu bertahan kerja dekat Pizza Hut tu untuk seminggu je haha lepastu saya call ayah dan ibu saya suruh ambik haha. Selepas kejadian di Pizza Hut di Kuching tu saya ambil keputusan kerja dekat Sibu pulak. Sibu okaylah jugak sebab saya tinggal sekali dengan kakak dan abang saya disana tak lah rasa sunyi sangat macam dekat Kuching tu. Di Sibu, saya berkerja sebagai juruwang di sebuah Pasar Raya. Dekat situ saya bertahan agak lama jugak lah dalam 5 bulan macam tu boleh lah kumpul duit sikit-sikit untuk keperluan diri dan bagi dekat orang tua sikit. Masa tu rasa bahgia sangat sebab dapat bagi ibu dan ayah duit hasil titik peluh sendiri walaupun tak banyak tapi dah cukup untuk bahagiakan hati ibu dan ayah. Betullah apa orang kata, walaupun gaji kita kecil tapi dengan memberi ibu dan ayah boleh buat hidup kita sentiasa tenang dan rezeki tu lebih luas. Dengan lagi syok kumpul duit tu kan, ayah saya pulak suruh saya sambung belajar di tingkatan 6 hahaha masa tu saya memang taknak lah nak sambung belajar sebab dah rasa pegang duit sendiri kan, jadi keinginan belajar tu rasa macam takde hahaha tapi, ayah saya paksa jugak saya sambung belajar tau jadi saya akur je lah dengan permintaan ayah saya tu. 2018 saya dah masuk tingkatan 6 dah tapi saya masuk lambat sikit sebab saya masuk dipaksa oleh ayah saya hahaha saya masuk selepas raya aidilfitri, jadi masa tu semua orang dah mula belajar bab 1, saya pulak baru je masuk! Sem satu memang saya tak fokus langsung sebab memang tak minat nak belajar lagi haha tapi lepas dapat keputusan sem 1 untuk ujian akhir tu saya terus insaf hahaha sebab saya dapat keputusan yang sangat teruk bagi diri saya sendiri. Cuba teka keputusan saya berapa untuk sem 1? Jeng jeng jeng saya cuma dapat pointer 2.08 je hampir nak jatuh ke pointer 1 tu hahaha. Sumpah, lepastu saya terus insaf dan janji dah tak main-main lagi dalam belajar, alhamdulilah sem 2 okay sikit dari sem 1. Tapi saya tak putus asa nak berusaha lagi sebab bagi saya masa tu saya adalah antara kawan yang paling rendah sebab kawan saya semua pandai. Dengan bimbingan dari guru, kawan-kawan dan doa ibu dan ayah alhamdulilah saya dapat anugerah pelajar cemerlang dalam akademik dengan mendapat pointer 3 ke atas. Bak kata pepatah dimana ada kemahuan di situ ada jalan hahaha masa tu saya rasa bahgia sangat sebab dapat apa yang saya inginkan dan dapat banggakan ibu dan ayah. Setakat ni ada yang bosan tak baca cerita perjalanan aisy? hahah harap takde lah yang bosan sebab cerita saya ni macam dalam drama pukul 7 tu tau ecehhh hahaha. Okay kita sambung balik, selepas dah tamat di tingkatan 6, saya terus isi UPU dan isi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam bidang Katering sebagai pilihan nombor satu dan alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T sebab makbulkan doa saya yang nak menjadi seorang guru. Sekarang saya merupakan pelajar tahun 1 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia walaupun sekarang ni belajar melalui atas talian je sebab covid-19 yang tengah melanda seluruh negara di dunia pada masa kini. Saya harap pembaca blog saya hari ni semua dalam keadaan sihat walafiat. Jangan lupa pakai pelitup muka dan mencuci tangan dengan pembasmi kuman tau. Kesihatan kita perlu utamakan sebab ianya aset yang sangat berharga untuk badan kita sendiri. Jadi perlulah sentiasa berhati-hati ketika di luar. Ingat pesan saya okay? Jangan nakal-nakal tau hahaha okay rasanya tu je yang dapat saya ceritakan pasal diri saya hari ni, harap semua pembaca blog saya dapat gembira hendaknya apabila membaca blog saya. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Assalamualaikum dan bye semua!