Catatan

TOPIK 3 : RANCANGAN SAYA UNTUK MENJADI SEORANG GURU YANG BERFALSAFAH DAN BAGAIMANA CARA SAYA MENCAPAINYA?

Imej
            Assalamualaikum dan hai pembaca blog saya sekalian. Bertemu kembali kita di ruangan maya pada kali ini hehe. Bagaimana kehidupan anda semua di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini? Adakah ianya seronok atau bosan di duduk dirumah sahaja? Saya harap kita dapat patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan ye agar kita semua dapat menangani penularan Covid-19 yang sedang melanda negara kita bahkan di seluruh dunia sekarang ini. Pembaca blog saya jangan nakal-nakal tau duduk je dekat rumah dan manfaatkan masa anda untuk membaca blog saya hehe.          Pada kali ini saya akan menceritakan rancangan saya untuk menjadi seorang guru yang berfalsafah. Menjadi seorang guru yang berfalsafah amat penting, hal ini kerana untuk mendidik anak murid agar dapat berjaya dalam pembelajaran. Jadi, sebagai seorang guru yang berfalsafah saya akan mengenal diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengajar anak murid. Saya mempunyai falsa...

TOPIK 2 : SIAPA GURU TERBAIK YANG ANDA PERNAH TAHU? APAKAH KUALITI YANG BERKAITAN DENGAN FALSAFAH YANG MEMBUAT ORANG INI SEORANG GURU YANG HEBAT?

Imej
        Assalamualailaikum dan salam sejahtera pembaca blog sekalian. Semua sihat? syukur alhamdulilah sekiranya sihat dan yang tidak sihat dinasihatkan untuk berehat dan memakan ubat secepat mungkin kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Baiklah, bertemu kembali kita dalam blog saya pada hari ini. Sebelum kita mulakan, saya ingin bertanya kepada kalian semua, adakah kalian mempunyai guru idola ataupun guru kesukaan semasa di bangku sekolah? Sudah pasti setiap orang mempunyai guru idola masing-masing. Begitu juga dengan saya, saya mempunyai guru idola yang saya sangat kagum kerana beliau adalah guru yang hebat dan saya berhasrat ingin menjadi seperti beliau apabila sudah menjadi seorang pendidik pada masa akan datang.                Guru yang paling saya kagumi ialah  Puan Marina Binti Rahmad. Beliau telah mengajar saya selama empat tahun iaitu dari Tingkatan 4 sehingga Tingkatan 6 atas dalam subjek Bahasa Melayu....

TOPIK 1 : KENAPA SAYA MAHU MENJADI SEORANG GURU ATAU PENDIDIK DAN BAGAIMANA CARA SAYA HENDAK MENGUBAH PANDANGAN ORANG MENGENAI FALSAFAH PENIDIDIKAN.

              Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kepada pembaca blog saya hari ini semua sihat? Alhamdulilah hendaknya kerana kita dapat bersua kembali walaupun hanya di alam maya sahaja. Jadi, hari ini saya ingin menjelaskan kenapa saya ingin menjadi seorang guru hehe. Sememangnya, dari kecil lagi cita-cita saya mahu menjadi seorang guru atau pendidik. Hal ini kerana, saya memang suka dengan cara guru saya mengajar dan menjadi seorang guru ini macam seronok je kan. Selepas umur saya meningkat ke remaja, cita-cita saya berubah dari menjadi seorang guru ke seorang pramugari haha memang tak sedar diri pendek masa tu. Saya rasa semua pernah mengalami perkara yang sama kan? Cita-cita kita akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, keputusan akhir saya adalah mahu menjadi seorang guru kerana perkerjaan seorang guru sangat mulia di sisi agama. Pengaruh terbesar saya hendak menjadi guru adalah guru kita sendiri semasa di sek...

TENTANG DIRI SAYA

Imej
              Assalamualaikum dan hai semua, okay sebelum kita mula saya nak tanya semua pembaca blog saya hari ni sihat tak? kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat tau hehe dan yang sihat tu alhamdulilah nampak berseri muka tu hehe. Baiklah kita mulakan dengan nama dulu tau, nama diberi ialah Siti Aisyah Binti Philip tapi boleh panggil Aisyah atau Aisy je hehe. Saya berumur 20 tahun dan lahir di Sarawak. Ada tak dikalangan pembaca sini orang Sarawak? kalau ada saya nak sapa dalam bahasa sarawak, hai nama kamek aisyah, nama kitak apa? Kamek tu maksudnya saya dan kitak pula awak, haaa senangkan loghat sarawak haha okay kita fokus balik apa yang nak sampaikan tadi. Saya merupakan anak kelima dari enam orang adik beradik tau 3 orang daripadanya adalah lelaki manakala 3 orang adalah perempuan. Kakak saya yang sulung berkerja sebagai jururawat di sebuah Hospital Sibu manakala abang saya yang kedua sulung pula bekerja sebagai polis di Sibu. Abang saya yang k...